Penerangan
23 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Siasatan segera ke atas aduan pencemaran yang diterima di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terus diberi keutamaan.
Hari ini pasukan penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan siasatan ke atas dua aduan di daerah Kuala Nerus. Hasil siasatan aduan pembakaran terbuka di kawasan kediaman adalah berasas di mana kesan pembakaran ditemui. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi kebakaran sebagai peringatan kepada orang awam dan sesiapa sahaja supaya aktiviti ini tidak dilakukan.