PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KERJASAMA PIHAK INDUSTRI DAN ORANG AWAM DALAM MENGHINDARI ADUAN PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KERJASAMA PIHAK INDUSTRI DAN ORANG AWAM DALAM MENGHINDARI ADUAN PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

22 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa sentiasa optimis dalam menjalankan rondaan dan memantau premis industri dan pembakaran terbuka sepanjang tempoh PKP 3.0 yang telah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2021. Komitmen berterusan ini dapat menghindari pihak industri dan semua lapisan masyarakat  melakukan pencemaran sekaligus dapat mengurangkan aduan pencemaran alam sekitar. Rondaan dan pemantauan pada hari ini telah tertumpu di dua daerah iaitu di  Kuala Terengganu dan Marang.Tiada pembakaran terbuka dikesan . Tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui di sepanjang rondaan dan pemantauan ini. Kerjasama pihak industri dan semua lapisan masyarakat dalam memelihara alam sekitar, khususnya di Negeri Terengganu ini diharap akan berterusan demi kesejahteraan hidup kita dan juga untuk diwarisi kepada generasi yang akan datang.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan