Penerangan
21 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Rondaan mencegah pemcemaran terus ditingkatkan ke atas industri yang melepaskan pencemar ke udara, air sisa industri ke sistem perparitan dan pengeluar buangan terjadual
Rondaan dan pemantauan pembakaran terbuka yang berpotensi dilakukan oleh orang awam juga turut dilakukan . Ini melibatkan rondaan di jalan-jalan utama dan jalan-jalan kawasan perumahan dan perkampungan yang berada di sekitar daerah Kuala Nerus.
Tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dari premis-premis industri. Pembakaran terbuka dari premis dan orang awam juga tidak dijumpai. Peningkatan rondaan dan pemantauan yang berteusan ini diharap telah memberi kesedaran kepada pihak industri dan juga orang awam untuk sentiasa peka dank komit dengan slogan “Menjaga Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”