Penerangan
20 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau premis industri telah tertumpu di daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Rondaan dan pemantauan ini tidak menemui keadaan yang mencurigakan di sepanjang laluan berkenaan.
Selain itu juga pegawai penguatkuasa telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di dua (2) lokasi iaitu di daerah Kuala Terengganu dan Dungun. Hasil siasatan mendapati kedua-dua aduan adalah berasas. Pegawai penguatkuasa telah memberi peringatan dan nasihat kepada penduduk terlibat. Bunting larangan pembakaran terbuka juga telah dipasang di lokasi kejadian.