PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

MENJAGA ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MENJAGA ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

18 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan pemantauan susulan ke lokasi kebakaran hutan tanah gambut di Kg. Balai Besar, daerah Dungun yang berlaku pada 15 Jun 2021. Pemantauan kali ini menggunakan jalan darat dan peralatan drone  bagi meninjau status kebakaran yang telah berlaku. Hasil tinjauan ini didapati kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya. Pihak bomba telah menghentikan operasi pemadaman . Walau bagaimanapun aktiviti mengepam air bagi tujuan membasahi kawasan tanah gambut masih diteruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pihak JPS menjangkakan aktiviti pengepaman akan dihentikan esok. Pegawai penguatkuasa turut menjalankan siasatan aduan hotspot  di Kg. Kepah, Hulu Telemong, daerah Hulu Terengganu. Siasatan mendapati  lokasi tersebut  berada  di atas bukit. Hasil tinjauan menggunakan  drone  telah mengesan kebakaran pokok-pokok kayu yang ditebang . Kebakaran ini telah padam sepenuhnya. Berdasarkan maklumat daripada penduduk  kampung bahawa kawasan kebakaran ini sedang diusahakan oleh penduduk setempat untuk dijadikan kebun.