PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN SEGERA KE ATAS ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN SEGERA KE ATAS ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

17 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Dua (2) aduan pembakaran terbuka telah diterima oleh JAS Negeri Terengganu berlaku di daerah Kuala Terengganu dan daerah Kuala Nerus.  Siasatan segera telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dan hasil siasatan kedua-dua aduan tersebut didapati berasas. Semasa siasatan pengadu telah memberi kerjasama dalam mengenalpasti lokasi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan tong sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Penemuan ini akan dimaklumkan kepada pihak  MBKT untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, penduduk yang melakukan  pembakaran terbuka juga telah diberi amaran keras agar aktiviti ini tidak dilakukan kerana ianya telah menimbulkan masalah kepada kejiranan. Bunting larangan pembakaran terbuka  telah dipasang di lokasi kejadian dan risalah telah diserahkan  kepada penduduk terlibat . Rondaan mencegah pembakaran terbuka dan pemantauan premis industri di kedua-dua daerah ini juga dilakukan. Tiada pembakaran terbuka dikesan di sepanjang laluan utama tersebut dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan