PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS INDUSTRI DIPANTAU, PEMBAKARAN TERBUKA DICEGAH DAN KEBAKARAN DI KAWASAN TANAH GAMBUT DISUSUL-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS INDUSTRI DIPANTAU, PEMBAKARAN TERBUKA DICEGAH DAN KEBAKARAN DI KAWASAN TANAH GAMBUT DISUSUL-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

16 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus komited memantau premis-premis yang berada di Kawasan Perindustrian Batu 7, daerah Dungun. Tanggungjawab ini dilaksanakan bagi memastikan aktiviti industri-industri ini tidak melakukan aktiviti yang mencurigakan dan mencemar alam sekitar. Rondaan mencegah pembakaran terbuka juga turut dilakukan yang melibatkan jalan-jalan utama dan jalan-jalan kampung yang menghubungkan kawasan industri dan penempatan berhampiran. Di samping itu juga siasatan susulan ke atas kes kebakaran hutan tanah gambut di Kg. Balai Besar, Dungun yang berlaku semalam (15 Jun 2021) turut dilakukan. Hasil siasatan di lokasi kejadian, pegawai penguatkuasa mendapati 15 hektar telah berjaya dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kekuatan anggota seramai 40 orang. Pemadaman belum selesai sepenuhnya kerana masih terdapat seluas 5 hektar yang masih berasap.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan