PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGGUNAAN DRONE DALAM RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN PREMIS INDUSTRI DAN PENYIASATAN ADUAN -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGGUNAAN DRONE DALAM RONDAAN OMPT, PEMANTAUAN PREMIS INDUSTRI DAN PENYIASATAN ADUAN -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

15 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), rondaan Sepasukan pegawai penguatkuasa menjalankan rondaan, pemantauan dan siasatan aduan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.  Sepasukan lagi bertugas di daerah Marang.  Hasil rondaan dan pemantauan ini didapati tiada pembakaran terbuka ditemui, tiada aktiviti mencurigakan dikesan di sepanjang laluan jalan raya utama dan jalan-jalan kampung. Siasatan aduan pembakaran  terbuka melibatkan dua (2) lokasi iaitu di Taman Padang Midin, daerah Kuala Terengganu  dan di Taman Medan Jaya, daerah Marang. Hasil siasatan pembakaran terbuka ini mendapati terdapat kesan pembakaran terbuka dalam jarak 300 meter dari lokasi yang diadu. Bagi lokasi aduan yang kedua pegawai penguatkuasa mendapati terdapat kesan pembakaran terbuka sisa sampah domestik dan daun kering. Semua penghuni yang terlibat telah diberi peringatan dan amaran keras.  Bunting  larangan pembakaran terbuka dan risalah pembakaran terbuka turut diedarkan kepada penduduk di penempatan terlibat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan