Penerangan
14 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Dua (2) pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka, memantau premis industri dan menyiasat aduan pembakaran terbuka mengikut Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Sepasukan pegawai penguatkuasa menjalankan rondaan, pemantauan dan siasatan aduan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Sepasukan lagi bertugas di daerah Marang. Hasil rondaan dan pemantauan ini didapati tiada pembakaran terbuka ditemui, tiada aktiviti mencurigakan dikesan di sepanjang laluan jalan raya utama dan jalan-jalan kampung.
Siasatan aduan pembakaran terbuka melibatkan dua (2) lokasi iaitu di Taman Padang Midin, daerah Kuala Terengganu dan di Taman Medan Jaya, daerah Marang. Hasil siasatan pembakaran terbuka ini mendapati terdapat kesan pembakaran terbuka dalam jarak 300 meter dari lokasi yang diadu. Bagi lokasi aduan yang kedua pegawai penguatkuasa mendapati terdapat kesan pembakaran terbuka sisa sampah domestik dan daun kering. Semua penghuni yang terlibat telah diberi peringatan dan amaran keras. Bunting larangan pembakaran terbuka dan risalah pembakaran terbuka turut diedarkan kepada penduduk di penempatan terlibat.