Penerangan
13 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Dua (2) pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus bertugas mencegah pencemaran mengikut Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bagi menjamin kesejahteraan penduduk Negeri Terengganu. Pegawai penguatkuasa telah menjalankan tugas rondaan dan pemantauan di daerah Kuala Terengganu dan Marang. Siasatan aduan pembakaran terbuka juga turut dilakukan.
Hasil rondaan di kawasan perindustrian dan persisiran pantai bagi kedua-dua daerah ini, didapati tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan, tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada pencemaran bebola tar kelihatan di kawasan pantai yang dipantau.
Siasatan aduan pembakaran terbuka didapati berasas di Kg. Pasir Panjang, daerah Kuala Terengganu. Pegawai penguatkuasa telah memberi peringatan dan amaran kepada penduduk yang ditemui. Bunting larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi kejadian termasuk risalah turut diedarkan kepada penduduk terbabit.