PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PUNCA PENCEMAR TERUS DIPANTAU DALAM TEMPOH “TOTAL LOCKDOWN” DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PUNCA PENCEMAR TERUS DIPANTAU DALAM TEMPOH “TOTAL LOCKDOWN” DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

12 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Dua (2) pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu  terus komited menjalankan tanggungjawab dan amanah mengikut Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dalam menjalankan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Sepasukan pegawai penguatkuasa telah menjalankan rondaan  pembakaran terbuka dan pemantauan premis industri di daerah Kuala Terengganu. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti mencurigakan ditemui.  Pemerhatian secara fizikal di persisiran pantai tidak mengesan sebarang pencemaran bebola tar. Sepanjang laluan ini, banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang terdapat longgokan kayu-kayu hasil pembersihan kawasan. Tindakan ini diambil bagi mencegah orang awam terus melakukan aktiviti ini. Sepasukan pegawai penguatkuasa lagi  menjalankan rondaan dan pemantauan di tiga (3) daerah iaitu Marang, Kuala Nerus dan Setiu. Satu kes pembakaran terbuka telah dikesan di Kawasan Perindustrian Gong Badak. Lokasi pembakaran ini dikenalpasti sebagai kawasan pembuangan sampah haram.  Kes ini akan dimaklumkan juga kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk tindakan selanjutnya. Selain rondaan pembakaran terbuka dan pemantauan premis industri, pengukuran in-situ ke atas kualiti air sungai juga dilakukan.  Aktiviti ini merupakan sebahagian tugas pegawai penguatkuasa JAS Negeri Terengganu dalam menjaga kualiti ekosistem sungai kita supaya berada pada tahap yang baik dan selamat untuk semua hidupan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan