PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PANTAU PENCEMARAN PUNCA YANG TERTAKLUK DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKAS 1974)-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PANTAU PENCEMARAN PUNCA YANG TERTAKLUK DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKAS 1974)-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

11 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Dua (2) pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan rondaan dan pemantauan punca pencemaran yang tertakluk di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Satu pasukan penguatkuasaan telah menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar daerah Kuala Terengganu manakala satu pasukan di daerah Kuala Nerus dan Setiu. Hasil rondaan dan pemantauan ke atas industri, kawasan loji air dan persisiran pantai, tiada keadaan yang mencurigakan dikesan. Pembakaran terbuka tidak ditemui di sepanjang jalanraya utama dan jalan-jalan kampung yang melibatkan ketiga-tiga daerah tersebut. Beberapa longgokan kayu-kayu  hasil pembersihan kawasan telah ditemui. Banner larangan pembakaran terbuka telah diletakkan di lokasi tersebut sebagai peringatan bahawa aktiviti pembakaran terbuka ini adalah suatu kesalahan.  Tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka ini yang boleh mengganggu kesejahteraan hidup seluruh masyarakat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan