PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU KOMITED MEMANTAU PENCEMARAN DALAM TEMPOH TOTAL LOCKDOWN DAN PKPD DI NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU KOMITED MEMANTAU PENCEMARAN DALAM TEMPOH TOTAL LOCKDOWN DAN PKPD DI NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

10 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Pasukan penguatkuasa telah menjalankan rondaan dan pemantauan mengikut Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu yang memasuki hari kesepuluh berkuatkuasanya “Total Lockdown” dan hari kedua belas PKPD di daerah Kuala Terengganu. Kawasan tumpuan rondaan dan pemantauan pada hari ini melibatkan jalan raya utama dan jalan-jalan di Kg. Bukit Kecil, Kg. Tanjung, Kg. Pasir Panjang, Kg. Chendering, Kg. Kuala Ibai. Beberapa premis industri yang terletak dalam kawasan perindustrian Cenering telah diberi perhatian serius berhubung dengan pelepasan pencemar ke alur air, udara dan juga dari segi pengurusan buangan terjadual. Hasil pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada keadaan yang mencurigakan dikesan.  Pegawai penguatkuasa telah menemui longgokan kayu-kayu hasil pembersihan  kawasan. Banner larangan pembakaran terbuka telah diletakkan di lokasi tersebut. Semoga tindakan proaktif ini dapat mencegah pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam, sekaligus dapat mencegah pencemaran udara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan