PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENCEMARAN TERUS DIPANTAU DALAM TEMPOH TOTAL LOCKDOWN DAN PKPD DI NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENCEMARAN TERUS DIPANTAU DALAM TEMPOH TOTAL LOCKDOWN DAN PKPD DI NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

6 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan  rondaan dan pemantauan mengikut Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu sejak 31 Mei 2021. Hari ini juga merupakan hari keenam berkuatkuasanya Total Lockdown dan hari ketujuh PKPD di daerah Hulu Terengganu dan daerah Kuala Terengganu. Rondaan dan pemantauan tertumpu di daerah  Kuala Terengganu sahaja yang melibatkan kawasan Bandar Kuala Terengganu ke Kawasan Perindustrian Chendering dan jalan-jalan utama yang melibatkan kedua-dua kawasan tersebut.  Di samping rondaan dan pemantauan ini. Siasatan aduan pencemaran air sisa dari kilang memproses makanan juga telah dilakukan. Hasil rondaan dan pemantaun ini mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan.  Manakala siasatan ke atas aduan adalah berasas dan tindakan susulan akan diambil di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan peruntukkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan