Penerangan
5 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Dua (2) pasukan penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan rondaan dan pemantauan mengikut Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hari ini juga merupakan hari kelima berkuatkuasanya Total Lockdown dan hari ketujuh PKPD di daerah Hulu Terengganu dan daerah Kuala Terengganu.
Rondaan dan pemantauan di daerah Kuala Terengganu melibatkan kawasan pantai di Kg. Batu Buruk, Kg. Chendering, Kawasan Perindustrian Chendering, Kg. Bukit, Kg. Bukit Besar, Kg.Bukit Kecil, Kg. Kuala Ibai, Kg. Tok Molor, Kg. Laut, Kg. Kedai Buluh, Kg. Pengadang Baru, Kg.Kubang Bujuk, Kg. Pulau Manis, Kg. Sg Rengas, Kg. Pulau Musang dan Kg. Paloh.
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka dikesan, tiada pencemaran bebola tar dan tumpahan minyak dikesan dan tiada masalah pencemaran udara dan habuk dan pencemaran kualiti air dari premis-premis industri. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang dikenalpasti terdapat longgokkan kayu hasil pembersihan kawasan bagi mencegah aktiviti ini dilakukan.
Pegawai penguatkuasa juga telah menjalankan rondaan dan pemantauan di daerah Marang dan daerah Hulu Terengganu. Berdasarkan rondaan dan pemantauan di sepanjang laluan ini yang melibatkan kawasan kilang papan dan tapak pelupusan sampah tiada pembakaran terbuka ditemui.
Siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka juga dilakukan di kawasan salah sebuah rumah di taman perumahan, daerah Marang. Hasil siasatan ini mendapati aktiviti pembakaran tersebut berpunca daripada aktiviti perniagaan makanan yang dijalankan di rumah. Pemilik peniagaan ini telah dinasihatkan supaya mengambil tindakan segera agar aktiviti ini tidak menimbulkan kacau ganggu kepada kejiranan dan penempatan tersebut.