PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

MEMANTAU PENCEMARAN DI DAERAH KUALA TERENGGANU, KUALA NERUS DAN SETIU, TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MEMANTAU PENCEMARAN DI DAERAH KUALA TERENGGANU, KUALA NERUS DAN SETIU, TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

4 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Dua (2) pasukan penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan  rondaan dan pemantauan mengikut Arahan Bertugas dalam tempoh Total Lockdown dan  PKPD di daerah Kuala Terengganu serta Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Rondaan dan pemantauan pada hari ini telah dijalankan di daerah  Kuala Terengganu. Kawasan yang dipantau melibatkan premis yang berpotensi melakukan pembakaran terbuka seperti kawasan tapak pembinaan, premis industri dan kawasan perumahan serta penempatan. Kawasan pantai juga turut dipantau dan tiada pencemaran bebola tar dan tumpahan minyak dikesan. Pegawai penguatkuasa juga telah menjalankan rondaan di daerah Kuala Nerus dan daerah Setiu. Pemantauan di sekitar kawasan perindustrian, kawasan tanah gambut di kedua-dua daerah ini mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di beberapa tempat yang terdapat longgokan kayu-kayu hasil pembersihan kawasan sebagai amaran awal bagi mengelak permbakaran terbuka ini diteruskan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan