Penerangan
3 Jun 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Dua (2) pasukan penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan rondaan dan pemantauan mengikut Arahan Bertugas dalam tempoh Total Lockdown dan PKPD di daerah Kuala Terengganu serta Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Rondaan dan pemantauan pada hari ini, melibatkan kawasan di sekitar Kg. Atas Tol, Kg.Gelugor Kedai, Kawasan Perindustrian Chendering, sekitar kawasan Muara Sungai Ibai dan kawasan Pantai Chendering, di daerah Kuala Terengganu . Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sepanjang laluan rondaan tersebut dan tiada pencemaran bebola tar ditemui di sepanjang pantai yang dilawati.
Siasatan hotspot di Kg. Serating, di daerah Marang turut dilakukan dan tiada pembakaran terbuka dikesan. Rondaan ini juga melibatkan laluan di sepanjang jalan dari Kg. Pengkalan Berangan, Kg. Bukit Sawa ke Kuala Terengganu, tiada pembakaran terbuka ditemui.
Hasil siasatan aduan pembakaran terbuka di Jalan Kg. Sungai Rengas, Kg. Padang Sena, di daerah Kuala Terengganu didapati berasas. Penghuni rumah yg diadu ditemui dan amaran telah diberikan beserta risalam larangan pembakaran terbuka supaya aduan ini tidak berulang.