Penerangan
30 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Cadangan Projek Pembinaan dan Penyiapan Jalan di Daerah Hulu Terengganu telah diadakan secara atas talian di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat ini . Hadir sama secara fizikal adalah Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit EIA , Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab.Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff dari Bahagian Pembangunan sebagai urusetia mesyuarat..
Jabatan dan Agensi Teknikal yang berkaitan juga turut dijemput bagi memberi input mengikut bidang kuasa masing-masing dalam memastikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Jadual Pertama ini disediakan mengikut Seksyen 34A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.