PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT TECHNICAL REVIEW COMMITTEE (EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT – EIA)-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT TECHNICAL REVIEW COMMITTEE (EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT – EIA)-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

27 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini  satu mesyuarat bagi membincangkan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Cadangan Projek yang akan dibina di Daerah Kemaman ini, telah diadakan secara atas talian di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama secara fizikal  adalah Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Penolong Pengarah Kanan yang merupakan  Ketua Unit EIA , Puan Hasra Masrifah  binti Wan Jusoh @ Ab.Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff dari Bahagian Pembangunan sebagai urusetia mesyuarat.. Jabatan dan Agensi Teknikal yang berkaitan juga turut dijemput bagi  memberi input mengikut bidang kuasa masing-masing dalam  memastikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Jadual Pertama  ini disediakan mengikut Seksyen 34A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum diluluskan oleh  Jabatan Alam Sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan