PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PROGRAM  LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR  BERSAMA PIHAK PENGURUSAN KILANG KELAPA SAWIT DI NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM  LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR  BERSAMA PIHAK PENGURUSAN KILANG KELAPA SAWIT DI NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

29 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Hb  Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak pengurusan Premis Yang Ditetapkan (PYDT) Kilang Kelapa Sawit di Negeri Terengganu.  Program ini diadakan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2021 Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu .  Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Cawangan Kemaman, YBrs Encik Rozaimi bin Mat Zin  dan Penolong Pengarah Kanan, Puan Siti Noor Shazilla binti Zaki, Penolong Pengarah Encik Mohd Fahmi bin Abd. Azis, Puan Nur Faezah binti Mohd Zali dan Timbalan Ketua Cawangam Puan Zuraini binti Mohd Sinin.. Program yang diadakan secara hybrid  (fizikal dan atas talian) bertujuan memberi penerangan kepada pihak kilang berkenaan dengan hal-hal berkaitan pelesenan termasuk syarat terkini pelesenan 2021/2022 dan juga isu-isu berbangkit dalam pematuhan PYDT KKS di Terengganu. Selain daripada itu, melalui sesi soal jawab yang diaturkan di dalam program ini juga menyediakan platform kepada pihak kilang untuk mengutarakan sebarang pertanyaan atau pendapat kepada pihak Jabatan berkenaan dengan perkara yang dibincangkan dan juga isu-isu yang timbul berkaitan dengan alam sekitar.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan