Penerangan
29 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu- Pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor telah menjalankan 2 Operasi Catat dan Kamera Video bagi mengesan pelepasan asap hitam berlebihan daripada kenderaan. Operasi telah dijalankan di daerah Marang
Pemerhatian secara visual melibatkan sebanyak 250 buah kenderaan dengan pecahan jenis kenderaan adalah Bas(8), Lori(108), Lori Kecil (25), Trak Ringan(84) dan Van(25).
Tindakan susulan kepada pemilik kenderaan yang dikesan melepaskan asap hitam boleh diambil dengan mengeluarkan notis arahan di bawah Seksyen 31(1)(d) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kenderaan tersebut perlu menjalankan pemeriksaan ujian asap di mana-mana Puspakom negeri atau cawangan di seluruh negara.
Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996