Penerangan
30 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Pengendalian Bungan Terjadual” kepada semua kakitangan yang mengurus dan mengendalikan buangan terjadual Syarikat Halliburton.
Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi selaku Ketua Unit Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah menyampaikan taklimat secara atas talian di Pejabat JAS Negeri Terengganu.
Semua kakitangan Syarikat Halliburton yang berpejabat di daerah Kemaman dan di Labuan telah menyertai program ini yang dianjurkan secara atas talian selaras dengan tempoh berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0