Penerangan
28 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat EMP bagi Cadangan Projek Kuari di daerah Dungun.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan. Hadir sama Ketua Unit EIA, Penolong Pengarah Kanan, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff, di Bahagian Pembangunan JAS Terengganu.
Penyediaan dokumen EMP ini merupakan salah satu syarat Laporan EIA yang telah diluluskan JAS Terengganu. Ianya perlu dipatuhi oleh pihak pemaju selaras dengan kehendak Seksyen 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.