Penerangan
JAS TERENGGANU ADAKAN MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI SECARA HYBRID
29 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. JAS Terengganu mencatatkan sejarah tersendiri apabila julung kali mengadakan majlis persaraan dua orang pegawainya iatu Ketua Cawangan Kemaman, Tuan Haji Rozaimi bin Mat Zin dan Puan Hajjah Ra’aida binti Abdul Ghani, Penolong Jurutera JAS Cawangan Kemaman secara hybrid bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pegarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman berkata majlis ini begitu bermakna kerana diraikan oleh semua kakitangan JAS Terengganu yang bekerja di pejabat dan bekerja di rumah termasuk di pejabat JAS Cawangan Kemaman.
Pada ucapan aluan Tuan Pengarah, beliau merakamkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan kedua-dua pegawai yang diraikan ini sepanjang tempoh bertugas di Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi Tuan, Puan jadi kenangan