PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN DAN RONDAAN LAUT BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)

DOE Johor 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN DAN RONDAAN LAUT BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

11 April 2021, ISKANDAR PUTERI - Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menjalankan pemantauan dan rondaan laut bermula di sekitar kawasan perairan Tanjung Pelepas sehingga sekitar kawasan perairan Selat Johor bagi mengesan dan mencegah sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak dan mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui. Pencemaran laut akan menyebabkan kerosakan habitat hidupan laut dan juga boleh menjejaskan sektor ekonomi berkaitan lautan iaitu pelancongan dan perikanan. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia kerana menurut Seksyen 27 dan Sekyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan