PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

70 KOMPAUN BERNILAI RM140 RIBU DAN 1 PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN DALAM OPERASI GEMPUR BIL 2/2021 JAS NEGERI JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

DOE Johor 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
70 KOMPAUN BERNILAI RM140 RIBU DAN 1 PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN DALAM OPERASI GEMPUR BIL 2/2021 JAS NEGERI JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Kota Tinggi, 8 April 2021 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan Ops Gempur Bil. 2/2021 pada 5 - 7 April 2021 yang memberi tumpuan kepada premis-premis industri di Pengerang, Bandar Penawar dan Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Operasi ini disertai seramai 35 orang pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, JAS Cawangan Pengerang, JAS Cawangan Muar, JAS Cawangan Batu Pahat dan JAS Cawangan Kluang. Sebanyak 34 premis telah diperiksa yang membawa kepada tindakan penguatkuasan iaitu 28 Arahan Lapangan, 70 Kompaun, 11 Notis Arahan dan 1 Penahanan Operasi Kelengkapan. Pihak industri adalah digesa meningkatkan pematuhan terhadap AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terus terjaga.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan