Penerangan
JOHOR BAHRU, 4 April 2021 - Unit Aduan JAS Johor telah menjalankan siasatan hasil aduan orang awam berkaitan kejadian ikan mati di kawasan Sungai Tebrau. Kejadian ini disyaki berpunca daripada pencemaran sungai di kawasan tersebut. Siasatan awal telah dijalankan dengan mengambil bacaan insitu di kawasan yang diadu menggunakan alat YSI PRO DSS dan telah menunjukkan bahawa parameter-parameter asas di sungai tersebut adalah berada pada tahap normal.
Siasatan lanjut telah diteruskan dengan mengambil maklumat terperinci daripada pengadu serta penduduk sekitar untuk mengetahui punca kejadian tersebut bagi siasatan lanjut oleh pihak Jabatan. Orang awam yang mengetahui maklumat berkaitan kejadian ini adalah dipohon untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan pihak Jabatan Alam Sekitar.
Beberapa premis telah dikenalpasti yang mungkin telah menyebabkan kejadian ini berlaku dan sedang dalam perancangan Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan.