Penerangan
5 April 2021, PASIR GUDANG : Susulan pelepasan air bewarna kuning, berbau busuk dan pH 2, sebuah kilang mencuci kontena di Pasir Gudang telah dikenakan notis Penahanan Operasi Kelengkapan dibawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melepaskan efluen tidak terawat ke longkang awam.
Siasatan mendapati berlaku pelepasan secara pintasan daripada sistem pengolahan efluen.
Sampel telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis.
Premis telah dikenakan enam (6) kompaun bernilai RM12,000 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan tegas penguatkuasaan akan diteruskan oleh JAS Cawangan Pasir Gudang dalam memastikan premis sentiasa mematuhi AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.