PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN PREMIS DAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI PASIR GUDANG, JOHOR

DOE Johor 30/06/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN PREMIS DAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI PASIR GUDANG, JOHOR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/06/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

PASIR GUDANG, 31 Mac 2021 : JAS Cawangan Pasir Gudang bersama-sama Unit Notifikasi dan Unit Buangan Terjadual dengan kekuatan enam (6) orang pegawai telah menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan premis dan verifikasi sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) baharu di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Pemeriksaan verifikasi dijalankan berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Pemeriksaan merangkumi lukisan seperti dibina, operasi sistem berkenaan serta pemantauan prestasi. Field Citation telah dikeluarkan bagi mengambil tindakan pembaikan dan memastikan premis mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan kompaun juga dikenakan ke atas premis bagi kegagalan pematuhan buangan terjadual dan pembinaan SPEP tidak mengikut lukisan seperti dibina.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan