Bahagian Air dan Marin telah menyertai satu simposium bertajuk
Simposium Keberhasilan Pengurusan Alam Sekitar RMKe-11 siri ke 3 yang berlangsung pada 30 Jun 2021 secara maya pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Seramai 3 orang wakil dari Bahagian ini yang membuat penyampaian hasil kajian iaitu:
- Puan Che Rohaida bte Ngah dengan tajuk kajian Pengukuhan Kepakaran dan Keberkesanan Kawalan Tumpahan Minyak Peringkat Kebangsaan.
- Puan Rosnani bte Ahmad dengan tajuk kajian Pemantapan Kelestarian Alam Sekitar : Kajian Pembangunan dan Pelaksanaan Total Maximum Daily Load bagi Sungai Semenyih (Dan Sungai Beranang)
- Encik Khairul Nizam b. Samsuri dengan tajuk Kajian Semakan Semula Kriteria dan Standard Kualiti Air Marin Malaysia.
Simposium ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Siti Zaleha bte Ibrahim, Pengarah Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS).