Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL bagi MEMBINCANGKAN TEKNOLOGI REFUSE-DERIVED FUEL (RDF) MENGGUNAKAN BUANGAN TERJADUAL (JKK-RDF) telah diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 15 Jun 2021
Tempat :Secara dalam talian
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi, Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC), YBhg. Dato’ Dr. Nadzri Yahaya. Mesyaurat ini juga dihadiri oleh YBrs. Puan Norlin binti Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia. JKK-RDF dianggotai oleh 2 ahli tetap yang dilantik oleh YB Menteri KASA dan 8 ahli jemputan terdiri daripada agensi kerajaan dan individu pakar di dalam bidang pengurusan sisa di Malaysia. Bahagian Bahan Berbahaya pula dilantik sebagai sekretariat bagi menyelaraskan JKK berkenaan. Tujuan untuk JKK-RDF diwujudkan adalah bagi menilai kebolehlaksanaan proses penghasilan bahan bakar gantian atau RDF daripada pengolahan buangan terjadual di Malaysia. JKK-RDF turut akan menilai perkara-perkara lain seperti Malaysian Standard bagi produk RDF daripada buangan terjadual dan juga terminologi yang bersesuaian bagi produk RDF tersebut. Laporan akhir dijangkakan akan dibentangkan kepada YB Menteri KASA pada akhir Ogos 2021