Penerangan
28 Jun 2021, IPOH – Mesyuarat jawatankuasa teknikal bagi membincangkan permohonan lesen perlanggaran oleh premis-premis industri di bawah seliaan JAS Cawangan Teluk Intan telah dijalankan pada hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul itu telah membincangkan permohonan lesen perlanggaran dari premis jenis industri penapisan minyak makan, makanan dan minuman dan galian bukan logam.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah pegawai penguatkuasa bagi memberi input berkaitan dengan pematuhan premis.