PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN PERUMAHAN OLEH JAS TAIPING

DOE Perak 28/06/2021 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN PERUMAHAN OLEH JAS TAIPING
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/06/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

28 Jun 2021, KAMUNTING - JAS Cawangan Taiping telah menjalankan pemeriksaan ke atas aduan dari orang ramai berkaitan pembakaran terbuka di sebuah kawasan perumahan dekat sini. Pemeriksaan aduan pembakaran terbuka telah menemui longgokan sisa pokok yang akan dibakar. JAS bertindak memberikan nasihat dan amaran larangan pembakaran terbuka kepada pelaku supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pembakaran terbuka yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. Pemeriksaan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan