Penerangan
KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR MELALUI KHUTBAH JUMAAT DI MASJID ABU BAKAR CAMERON HIGHLANDS
CAMERON HIGHLANDS, 25 JUN 2021 – Aktiviti kesedaran alam sekitar boleh dijalankan dalam pelbagai kaedah dan cara. Kehadiran pandemik Covid-19 yang melanda negera kita sejak Mac 2020 sedikit sebanyak menganggu perancanaan pelbagai aktiviti, banyak aktiviti dan program kesedaran alam sekitar yang berbentuk outdoor dan perkumpulan terpaksa ditangguh dan tidak dapat dilaksanakan.
Jesteru itu, Jabatan Alam Sekitar telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan maklumat dan isu berkaitan alam sekitar dapat disampaikan kepada masyarakat dan orang awam dengan lebih cepat dan berkesan.
Salah satu inisiatif yang diambil iaitu melalui khutbah jumaat. Masjid Abu Bakar Cameron Highlands turut mengambil bahagian dalam menyalurkan maklumat dan mesej berkaitan pemuliharaan alam sekitar dan isu pencemaran, dimana Khutbah Jumaat pada hari ni telah disampaikan bertajuk ‘Alam Kurniaan Tuhan’ yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pahang dan dimana intipati utamanya berkisar kepada tanggungjawab makhluk terhadap pengurusan alam sekitar dan kebersamaan semua pihak dalam mengatasi masalah pencemaran.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#25jun2021