Penerangan
OPS GEMPUR DI BENGKEL YANG BEROPERASI SEMASA PKP
TEMERLOH, 25 JUN 2021 - JAS Pahang Caw. Temerloh telah menjalankan operasi gempur di bengkel kenderaan yang beroperasi semasa PKP. Pemeriksaan yang dijalankan bagi menguatkuasakan pematuhan kepada kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN.
JAS mengingatkan kepada semua bengkel yang beroperasi untuk memastikan pematuhan kepada peraturan tersebut tanpa gagal.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#25jun2021