Penerangan
3 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat EMP bagi Cadangan Projek Pelombongan Bijih Besi di daerah Dungun . Mesyuarat ini telah diadakan secara atas talian dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN dan PKPD di daerah Kuala Terengganu dan Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu..
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan. Hadir sama Ketua Unit EIA, Penolong Pengarah Kanan, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff, dan pegawai-pegawai penguatkuasa di Bahagian Pembangunan JAS Terengganu.
Penyediaan dokumen EMP ini merupakan salah satu syarat Laporan EIA yang telah diluluskan JAS Terengganu. Ianya perlu dipatuhi oleh pihak pemaju selaras dengan kehendak Seksyen 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.