Penerangan
8 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Unit EIA, Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Pengarah Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat atas talian hari ini bagi membincangkan hasil penemuan audit laporan EIA bagi Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 2 Jun 2021menggunakan aplikasi secara atas talian.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman. Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Ketua Unit EIA, Puan Hasra Masrifah binti W. Jusoh @ Rahim dan Ketua Unit Penguatkuasaan EIA, Encik Mohamad Hafiz Zulkarnain bin Azman. Beberapa orang pegawai dari Bahagian Pembangunan juga turut hadir dalam mesyuarat ini.
Mesyuarat bagi penemuan audit penilaian laporan EIA ini telah memfokuskan penambahbaikan penilaian laporan EIA dan peningkatan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan mengambilkira pada tempoh berkuatkuasa “Lockdown” dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).