Penerangan
23 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai Penguatkuasa JAS Negeri Terengganu telah melakukan 2 lawatan tapak cadangan projek EIA iaitu Cadangan Projek Sambungan Jalan di daerah Hulu Terengganu dan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang, di daerah Marang.
Lawaran ini dilakukan bersama dengan pihak pemaju dan jurunding yang menyediakan laporan EIA bagi kedua-dua cadangan projek cadangan ini.
Lawatan ini ini diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit EIA, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh@ Ab.Rahim bersama Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff dari Bahagian Pembangunan JAS Negeri Terengganu.
Keberadaan pegawai penguatkuasa JAS Negeri Terengganu di tapak ini menunjukkan setiap projek yang tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, diberi perhatian yang serius dengan mengambil kira semua aspek alam sekitar yang dinyatakan di tapak dan juga dalam laporan EIA sebelum diluluskan oleh JAS.