Penerangan
20 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai Penguatkuasa JAS Negeri Terengganu telah melakukan lawatan tapak bagi Cadangan Perusahaan Pasir Di Muara Sungai Kemaman bersama pihak pemaju dan jurunding yang menyediakan laporan EIA bagi projek cadangan ini..
Lawatan ke tapak ini diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit EIA, Puan Hasra Masrifah binti W.Jusuh@ Rahim bersama Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff dari Bahagian Pembangunan JAS Negeri Terengganu.
Dengan keberadaan pegawai penguatkuasa JAS Negeri Terengganu di tapak ini dapat memberi petunjuk setiap projek yang tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini, di beri perhatian yang serius dengan mengambil kira semua aspek alam sekitar yang dinyatakan di tapak dan juga dalam laporan EIA sebelum diluluskan oleh JAS.