Penerangan
23 Jun 2021, IPOH - Penguatkuasa JAS Perak telah menjalankan rondaan pemantauan pencemaran bagi premis bagi premis industri di Kawasan Perindustrian Sri Rapat dan sekitar kawasan Jalan Simpang Pulai - Lahat.
Rondaan pemantauan mendapati premis industri jenis pembekalan makanan, pengangkutan dan batching plant sahaja yang dibenarkan beroperasi dan tiada pencemaran daripada efluen ditemui. Begitu juga dengan pelepasan asap dari cerobong juga patuh. Pemantauan sungai yang terdapat di hadapan premis kelihatan bersih dan ada kehidupan ikan di dalamnya.
Pemantauan yang dijalankan adalah mengikut SOP MKN dan KKM.