Penerangan
20 Jun 2021, GOPENG - Seksyen Pengawasan Jabatan Alam Sekitar negeri Perak telah menjalankan program pengawasan kualiti air sungai di stesen-stesen pengawasan sekitar Gopeng, Kampar dan Tapah.
Stesen pengawasan yang dipantau secara insitu termasuklah di Sungai Raia, Sungai Kampar, Lata Kinjang dan Sungai Chenderiang pada hari ini.
Kesan pembakaran terbuka turut ditemui di Simpang Pulai. Poster larangan pembakaran terbuka telah ditampal sebagai amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pemantauan dan pengawasan sungai dijalankan mengikut SOP MKN dan MKN.