Penerangan
19 Jun 2021, BATANG PADANG - Penguatkuasa JAS Perak telah menjalankan rondaan penguatkuasaan bagi memantau pencemaran pemantauan di sekitar daerah Batang Padang pada hari ini.
Pemantauan difokuskan kepada punca-punca industri yang berisiko dan tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya. Hasil pemantauan mendapati pelepasan efluen dan pengeluaran asap dari cerobong adalah patuh. Juga tiada penampakan pembakaran terbuka di kawasan yang dironda.
Program pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.