Penerangan
18 Jun 2021, SLIM RIVER - JAS Perak telah menjalankan program pengawasan kualiti air sungai bagi memantau pencemaran di beberapa kawasan sekitar Tapah, Slim River, Sungkai dan Trolak.
Program pengawasan yang dijalankan bersama Syarikat Perunding Pakar Scieno TW (PSTW) ini bertumpu di stesen-stesen pengawasan kualiti air sungai di Sungai Sungkai, Sungai Woh, Sungai Sungkai Mati, Sungai Tesong dan Sungai Behrang. Sungai-sungai tersebut merupakan sebahagian Lembangan Sungai Perak.
Program pemantauan yang dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.