Penerangan
18 Jun 2021, SIMPANG PULAI - JAS Perak semakin komited memantau pencemaran di kawasan premis industri menggunakan dron. Kawasan Perindustrian Tungzen dan Kawasan Perindustrian Keramat Pulai merupakan kawasan sasaran penguatkuasa Seksyen Perak Tengah JAS Perak pada hari ini.
Pemantauan mendapati tiada aktiviti industri yang mencurigakan disebabkan kebanyakan premis tidak beroperasi semasa dalam tempoh PKP berkuatkuasa.
Pemantauan yang dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.