Penerangan
17 Jun 2021, BATU GAJAH - Penguatkuasa JAS Perak dari Seksyen Perak Tengah telah menjalankan rondaan memantau pencemaran premis industri di sekitar Kawasan Perindustrian Batu Gajah Perdana pada 16 Jun 2021.
Rondaan pemantauan mendapati tiada aktiviti industri yang mencurigakan disebabkan kebanyakan premis industri tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.
Pemantauan yang dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.