Penerangan
PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS), 1974 DAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0
GEBENG, 23 JUN 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng telah menjalankan pemeriksaan premis yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi memastikan pematuhan terhadap AKAS, 1974 dan SOP PKP 3.0.
Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#23jun2021