Penerangan
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT)DIPERLUAS DI BEBERAPA DAERAH
PAHANG, 19 JUN 2021 - Pasukan Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka JAS Pahang sentiasa menjalankan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi di beberapa Daerah antaranya Rompin, Cameron Highlands, Temerloh,Gebeng dan Sekitar Daerah Kuantan.
Pemantauan ini memberi perhatian secara visual kepada lokasi-lokasi berpotensi pembakaran terbuka dan pemasangan poster larangan pembakaran terbuka dibeberapa lokasi.
Pihak industri dan orang awam diminta untuk memberikan kerjasama dengan tidak melakukan sebarang aktiviti sehingga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang