Penerangan
RONDAAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN BAGI PROJEK EIA DI KUALA LIPIS.
LIPIS 17 JUN 2021: Pemantauan terhadap projek-projek EIA di sekitar Daerah Lipis telah dijalankan oleh JAS Cawangan Cameron Highlands bagi memastikan tiada projek EIA yang beroperasi tanpa kebenaran di sepanjang tempoh PKP 3.0.
Berdasarkan kepada rondaan dan pemantauan yang dijalankan mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan juga adanya langkah - langkah kawalan pencemaran di tapak projek dan kawasan sekitarnya.
Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi larangan pembakaran terbuka yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitardanair
#jaspahang