Penerangan
Satu operasi bersepadu telah diadakan pada 11 Mac 2021 di kawasan Bintulu, Sarawak melibatkan seramai 4 orang anggota Polis Trafik Cawangan Bintulu, 6 orang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bintulu, 7 orang pegawai JAS Negeri Sarawak dan 5 orang pegawai JAS Cawangan Bintulu dengan memfokuskan pada pematuhan dan pelepasan asap dari kenderaan diesel di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996. Operasi ini adalah sebagai usaha berterusan JAS dalam mendidik masyarakat mengenai pematuhan pelepasan asap dari kenderaan dan kesan impak pada pencemaran udara. Sebanyak 198 kenderaan telah diperiksa, 8 kenderaan diuji, 2 Notis Arahan dan 2 kompaun telah dikeluarkan oleh JAS sepanjang operasi dijalankan.