Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Rondaan Mencegah Pembakaran Terbuka Dan Pemasangan Papan Tanda Larangan Pembakaran Terbuka Di Sekitar Bahagian Bintulu, Sarawak
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 22/06/2021
- Organisasi
- DOE Sarawak
- Lokasi
- Sarawak>Bintulu
Penerangan
Pasukan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka JAS Cawangan Bintulu telah menjalankan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi di kawasan perindustrian Tanjung Kidurong dan perindustrian Kemena pada 16 Jun 2021 bagi memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Di samping itu, pemasangan beberapa papan tanda larangan pembakaran terbuka baru telah dilaksanakan di lokasi-lokasi tumpuan untuk tujuan meningkatkan kesedaran awam. Khidmat nasihat juga telah diberikan kepada penduduk setempat sebagai langkah pencegahan awal. Pihak industri dan orang ramai diminta memberikan kerjasama agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang mana boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kacau ganggu kepada jiran setempat.